LOHHH..TAK CINA SIAM LA GAMOKNYA..SEBAB DAP PUN CINA JUGA..MUNGKIN CINA ISLE LA KOT..OWHHH ..CINA PUN 2 DEREJAT JUGAK YE.?.



 Terengganu bakal lantik wakil bukan Melayu sebagai ADUN lantikan





KUALA TERENGGANU, 9 Nov 26: Kerajaan Terengganu bakal melantik seorang wakil masyarakat bukan Melayu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi membolehkan komuniti itu mempunyai suara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).


Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika berucap sempena kunjungan ke Bilik Gerakan PN DUN Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang membenarkan pelantikan wakil daripada kaum atau gender yang tidak mempunyai perwakilan dalam DUN.


Menurutnya, wakil yang bakal dilantik itu merupakan masyarakat Cina daripada Parti Gerakan.


“Kita buat keputusan, setelah mempertimbangkan pelbagai perkara, untuk kita lantik seorang Cina daripada ahli Gerakan sebagai ADUN lantikan.


“Moga-moga ini merupakan satu berita yang baik untuk semua,” katanya.


Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi PN berkata, pelantikan itu diharap dapat memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dengan masyarakat pelbagai kaum, khususnya komuniti Cina.


Katanya, wakil berkenaan diharapkan dapat menjadi penghubung bagi menyampaikan pandangan, keperluan dan kepentingan komuniti itu kepada kerajaan negeri.


Beliau turut memaklumkan bahawa pengumuman berkenaan merupakan kali pertama keputusan mengenai pelantikan wakil masyarakat Cina itu dibuat secara terbuka.


Pelantikan berkenaan dijangka membuka ruang kepada penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam proses pentadbiran dan pembangunan negeri, selain memastikan kepentingan mereka turut mendapat perhatian di peringkat DUN.




No comments: