PMQT: PM Anwar Tegaskan Malaysia Tidak Sokong Tindakan Ketenteraan China Kepada Taiwan

 


IMG_0941

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 12 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Malaysia menegaskan tidak menyokong sebarang tindakan ketenteraan China terhadap Taiwan, merujuk kepada wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera beberapa bulan lalu.

Ketika menjawab soalan tambahan sewaktu sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan kekal berpegang kepada dasar Satu China (One China) dan penyelesaian secara aman yang diamalkan sejak 1974 sehingga hari ini.

Kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama media antarabangsa itu tidak pernah membawa maksud Malaysia bersetuju sekiranya China menggunakan tindakan ketenteraan terhadap Taiwan seperti didakwa Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 12 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Apakah saya kata setuju pasal itu China menyerang Taiwan? Saya kata tak, saya kata ‘we support One China Policy’ (kita sokong Polisi Satu China),” katanya.

Hamzah (PN-Larut) sebelum itu cuba mempersoalkan tindakan Anwar mengeluarkan kenyataan berhubung isu Taiwan sehingga menimbulkan ketegangan diplomatik, sedangkan Malaysia sejak sekian lama mengamalkan Dasar Satu China dan mempunyai hubungan perdagangan yang baik dengan Taiwan.

Membidas tanggapan Hamzah itu, Anwar menegaskan, dalam wawancara berkenaan, beliau secara jelas menyatakan sokongan terhadap Dasar Satu China selain menegaskan kepentingan penyelesaian secara aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 12 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Saya menyatakan, ‘We believe there should be an amicable resolution through peaceful efforts’ (Kami percaya perlu ada satu penyelesaian secara aman)

“Apabila ditanya ‘What if China decides to invade?’ (bagaimana jika China menceroboh?), jawapan kita ialah, ‘That’s purely domestic policy, we do not interfere’ (itu adalah urusan dasar domestik, kita tidak campur tangan),” katanya.

Mengulas dakwaan kemerosotan pasaran saham, Perdana Menteri berkata, sektor elektrik dan elektronik (E&E), kecerdasan buatan (AI) serta pusat data turut mengalami penyusutan sementara di beberapa negara lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

Katanya, perkembangan itu juga dipengaruhi faktor global, termasuk perkembangan membabitkan syarikat teknologi Nvidia.

“Pasaran saham bagi sektor E&E, AI dan pusat data berkaitan memang mencatatkan penurunan dalam tempoh sebulan lalu. Namun, prestasi kita tidak seteruk beberapa negara lain.

“Saya yakin penurunan itu bukan disebabkan satu faktor saja kerana perkembangan Nvidia sejak beberapa hari lalu turut memberi kesan.

“Saya tidak nampak bagaimana pendirian tegas kita terhadap China boleh dianggap sebagai ‘rock the boat’ (mengeruhkan keadaan),” katanya.




No comments: