Aman Muhamad
Shazrin Kedah ni ialah produk politik kebencian khawarii PAS.
Setiap masa PAS menyebar doktrin permusuhan dan kebencian.
Di setiap pentas ceramah, media sosial, usrah, tamrin, kuliah, ceramah mingguan, PAS akan mendoktrin pengikut mereka, bahawa musuh PAS adalah musuh Allah, musuh Islam, musuh Nabi.
Secara halus PAS memberi gambaran lawan PAS bererti lawan Islam, lawan agama, lawan Allah, dengan hanya guna modal, "dasar PAS ialah Islam".
Natijahnya, muncullah pengikut-pengikut PAS yang taksub dan ghuluw, yang mula anggap PAS ni macam agama, sokong PAS boleh masuk syurga, lawan PAS boleh masuk neraka.
Sampai ke tahap mereka maki hamun orang Islam dianggap tidak berdosa, kafirkan orang Islam tidak berdosa, qazaf tidak berdosa, fitnah jadi perkara biasa.
Maka lahirlah manusia "Shazrin Kedah" ini hasil daripada doktrin khawarij PAS ini.
Shazrin Kedah telah mengaku bersalah di mahkamah dan dihukum penjara 3 bulan kerana gelar PM sebagai pembunuh.
Malangnya tiada seorang pemimpin PAS datang membantu Shazrin Kedah ni, terpaksa meringkuk dalam penjara bersendirian.
Inilah yang Nabi pesan dan aku telah sampaikan berkali-kali, bahawa golongan ulamak jahat adalah perosak umat dan sejahat-jahat manusia.
Apa boleh buat, masih ramai penyokong PAS ingkar dengan hadis Nabi tersebut.

No comments:
Post a Comment