AMAN MUHAMMAD
Aku sentiasa diberi ingatan oleh kawan-kawan BN mengenai sifat khianat PAS setiap masa.
Sokongan PAS pada Bossku hari ini sama sahaja modus operandi mereka ketika mereka sokonga Anwar.
Semasa mereka sokong Anwar, apa dalil Quran dan hadis yang mereka tidak baca untuk bela dan pertahankan Anwar.
Dan selepas mereka bermusuh dengan Anwar, habis keluar dalil Quran dan hadis lain pula untuk melawan Anwar.
Begitulah juga dengan Bossku hari ini, masa bermusuh habis keluar segala dalil, masa berkawan keluar semua dalil lain pula.
Dan lihatlah Muhyiddin juga sudah terima nasib yang sama.
Memang modus operandi PAS dia akan sucikan kawan dia sesuci-sucinya dengan dalil-dalil agama.
Kita pengundi BN di SG4 ni memang faham, helah PAS mahu bersama UMNO pada hari ini, kerana PAS tidak mahu UMNO letak calon lawan PAS di SG4.
Kerana PAS tahu, jika UMNO letak calon hari ini di SG4, PAS akan kalah total di SG4, terutamanya Perlis, Terengganu dan Kedah.
Kelantan mungkin liat sikit, tapi kerusi akan hilang banyak kepada UMNO.
Oleh itu aku sebagai pengundi BN di Kelantan, berharap sangat BN akan lawan PAS di Kelantan.
Hanya BN sahaja yang aku harapkan untuk kalahkan PAS di Kelantan.
Aku doakan, dengan kembalinya Bossku, PAS akan jatuh di SG4 dan ganti dengan BN yang lebih baik.
Umat Islam boleh percaya kepada BN.
Umat Islam boleh percaya kepada PH.
Tapi jangan sesekali percaya kepada ulamak jahat.
Kerana Nabi kata, ulamak jahat lebih jahat daripada Dajjal.

No comments:
Post a Comment