Presiden UMNO Zahid Hamidi beremosi di hadapan pemberita dengan menyatakan secara terbuka tidak berpuas hati terhadap status story anak Ismail Lasim yang dikenali sebagai Naim.
Jelasnya, Naim Ismail tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut kerana jawatan berkenaan tiada kaitan dengan keluarga.
“Ini isu pentadbiran negeri. Anak beranak campur apa hal? Ini soal Menteri Besar bukan soal bapa dia Ismail Lasim,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, di ruangan komen netizens bertindak memerli Zahid Hamidi.
"Cermin kat rumah pecah ke Dato? Nurul Hidayah anak Dato tu naik sebab kabel. Dia suka ulas semua benda," sindir Muhd Zamali.
"Bukan anak kau ke jadi Menteri KDN baru² ini? 🤣," respon Nur Hidayat.
"Anak beranak Mail sibuk sebab ikut perangai anak beranak Zahid suka menyibuk," respon Gunalan.
Bagaimanapun, wartawan tidak mendapatkan respon Zahid Hamidi berkenaan perangai penyibuk Nurul Hidayah kerana bimbang dipecat tengah malam.

No comments:
Post a Comment