Minit Pengampunan Najib Didedah, Najib Dah Pun Langgar Syarat Tertera

 


IMG_1474

Jika siasatan dibuat dan Najib didapati benar melanggar syarat itu, menjadi impian ramai rakyat Malaysia untuk lihat dia kembali ke penjara Kajang.

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib yang kini dinyahklasifikan dan didedahkan kepada umum membuka satu lagi persoalan menarik. Kali ini bukan sahaja soal siapa setuju atau siapa bantah, tetapi mengenai syarat yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dalam Lampiran 2 Perintah Pengampunan Bersyarat, perenggan 5.2 melarang Najib MENYEBABKAN atau mendedahkan dirinya dalam liputan media dan platform media sosial.

Perenggan 5.3 pula melarang beliau memberikan sebarang kenyataan, komen atau ulasan melalui media dan media sosial.

Menariknya, akaun Facebook rasmi Najib masih aktif mengeluarkan hantaran. Antaranya status berbunyi, “Jangan lupa makan ubat”, seperti yang ditunjukkan dalam tangkap layar.

Alasan bahawa admin yang post di akaun yang ada blue tick atas namanya sendiri tanpa dia mempunyai apa-apa kawalan tidak munasabah.

Jika siasatan dibuat dan dia didapati benar melanggar syarat itu, menjadi impian ramai rakyat Malaysia untuk lihat dia kembali ke penjara Kajang.

Kerana syarat ini bukan perkara kecil. Dokumen berkenaan turut menetapkan bahawa pelanggaran mana-mana syarat boleh menyebabkan pengampunan bersyarat terbatal dan baki hukuman perlu dijalani semula di penjara.

Dari sudut politik, isu ini juga mempunyai implikasi kepada kerajaan. Ketika perbincangan Lembaga Pengampunan, kebimbangan mengenai kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara turut direkodkan.

Sebab itu persoalan pematuhan syarat perlu diperjelaskan. Sama ada hantaran tersebut melanggar perintah atau sebaliknya, penjelasan pihak berkuasa penting supaya pelaksanaan pengampunan tidak menimbulkan pertikaian baharu.

Jadi apabila akaun Facebook masih mengeluarkan posting, rakyat akan tertanya-tanya, adakah Najib telah langgar syarat itu?

Dokumen pengampunan sudah dibuka untuk tatapan umum. Kini persoalannya bukan sekadar apa syarat yang ditetapkan, tetapi bagaimana syarat itu dikuatkuasakan.

Oleh Ahmad Mursi





No comments: