Malaysia Catat Prestasi Ekonomi Terbaik, KDNK Lepasi 5 Peratus – PM Anwar

 


Untitled design

Anwar berkata, prestasi itu sekali gus meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2024.

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Statistik pertumbuhan ekonomi negara yang direkod sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 menjadi manifestasi sebenar pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini kepada 5.6 peratus berbanding 4.8 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Prestasi itu sekali gus meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah proaktif Kerajaan MADANI memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api susulan krisis Asia Barat membantu Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luar.

“Tindakan berani kerajaan dalam menghadapi krisis Asia Barat yang didukung oleh reformasi dilaksanakan di bawah Ekonomi MADANI telah memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

“Walhasil, Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, namun, segala pencapaian ini tidak membawa erti sekiranya kekal alpa akan usaha menaikkan lantai demi kesejahteraan rakyat terbanyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku keempat 2025 yang melonjak kepada 5.7 peratus pada 16 Januari 2026. Foto PMO

“Melalui Belanjawan 2027, kerajaan memperkukuh bantuan, mengurangkan kadar cukai pendapatan individu bagi golongan layak serta menambah baik perkhidmatan awam.

“Kita tidak akan lelah memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup dan peluang yang lebih luas untuk rakyat,” jelasnya.

Dalam konteks ini, pertumbuhan menyeluruh itu disokong oleh permintaan domestik yang kekal berdaya tahan, dengan peningkatan 4.8 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi Malaysia mencatat prestasi hebat dengan pertumbuhan KDNK yang mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5 peratus serta melonjak jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Eksport melonjak 46 peratus pada suku ketiga tahun ini, dipacu oleh permintaan yang memberangsangkan terhadap produk elektrik dan elektronik (6.2 peratus) seiring dengan kitaran pertumbuhan industri teknologi global.

Pada September 2026, Malaysia mencatat nilai eksport bulanan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM215.1 bilion, sekali gus melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali.

Kementerian Kewangan berkata, prestasi ekonomi yang kukuh ini turut diiringi perkembangan positif dalam pasaran buruh, dengan kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada September 2026, berbanding 3 peratus pada bulan yang sama tahun lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara meningkat kepada 5.1 peratus pada 2026.

Katanya, inflasi pula pada September 2026 pula kekal terkawal pada 1.8 peratus.

“Melangkah ke 2027, kerajaan kekal optimis terhadap prospek ekonomi negara, namun terus berwaspada terhadap ketegangan geopolitik dan risiko berkaitan iklim yang membayangi ekonomi global.

“Belanjawan 2027 meneruskan usaha Belanjawan MADANI terdahulu untuk menaikkan siling melalui pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, peningkatan pelaburan dan pembangunan prasarana selain mengekalkan disiplin fiskal,” ujarnya.




No comments: