Kalau UMNO bercadang menawarkan calon Timbalan Perdana Menteri (TPM), nama Johari Ghani antara yang boleh dipertimbangkan.
Johari mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan sebelum menceburi dunia politik. Beliau pernah bekerja sebagai juruaudit dan kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan II.
Di Titiwangsa pula, beliau berjaya memenangi semula kerusi Parlimen itu pada PRU15 dengan majoriti 4,632 undi. Keputusan tersebut menunjukkan bahawa UMNO berjaya kembali mendapat sokongan sebahagian pengundi di kawasan berkenaan.
Bagi aku, pengalaman Johari dalam kerajaan dan latar belakang profesionalnya merupakan antara perkara yang boleh dijadikan pertimbangan untuk jawatan TPM.
Untuk kepimpinan UMNO pula, rekod pilihan raya di Titiwangsa boleh dijadikan salah satu rujukan. Jika pendekatan yang sama dapat dikembangkan di peringkat nasional, mungkin lebih ramai akan melihat potensi beliau untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan negara.
Apa pun, soal kepimpinan bukan sekadar jawatan. Pengalaman, rekod perkhidmatan dan kepercayaan rakyat juga perlu diberi perhatian.
MALAH JOHARI GHANI LEBIH BERSIH BERBANDING ZAHID HAMIDI TERPALIT KES SELEWENG, RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA DI MAHKAMAH !!
📊 SURVEY: Cuba anda beri komen, kenapa Abang Jo (Ghani) lebih bayak daripada Zahid.
#JOHARIGHANI
#TPM
#TimbalanPerdanaMenteri
#ZahidHamidi
#rasuah
#UmnoDuluKiniSelamanya

No comments:
Post a Comment