Izinkan saya mencoret satu tulisan. Lama saya nak tulis berkaitan ini. Tidak kurang yang bertanya kepada saya, mengapa sejak setahun dua ini pihak peguam saya menghantar LOD dan saman terhadap orang yang melakukan fitnah?
Setakat orang kritik, saya biarkan sahaja. Ini disebabkan apabila kita mengkritik, maka kita juga perlu bersedia untuk dikritik semula.
Namun apabila melampau hingga melakukan fitnah, maka pihak peguam failkan saman fitnah (defamation) tersebut. Daripada 1000 orang yang fitnah, mungkin tidak sampai 2% yang saya failkan fitnah. Bukan kesemua fitnah saya ambil tindakan. Hanya segelintir saja.
Anda lihat gambar ini yang saya upload. Ini salah satu kesan daripada saman fitnah.
Sebelum ini defendan (Fadhli Firdaus) pernah berkata dalam pernyataan saksinya:
"Plaintif (Dr Rozaimi) kelihatan paranoid terhadap tulisan-tulisan hasil daripada kritikan-
kritikan saya yang Plaintiff (Dr Rozaimi) tidak mampu jawab sebelum ini, lalu menganggap semua tulisan saya berkait atau menyerang atau memfitnah Plaintif (Dr Rozaimi)"
Dalam status di laman sosialnya juga, dia menulis bahawa konfiden untuk menghadapi LOD atau saman.
Namun itu semua ketika mahkamah belum mengeluarkan keputusan lagi.
Setelah keputusan mahkamah keluar mengatakan bahawa defendan (Fadhli Firdaus bin Suleiman) didapati memfitnah dan perlu membayar RM170,000, dia berkata tidak akan memperpanjangkan lagi kes ini.
Fadhli Firdaus berkata setelah sehari keputusan mahkamah keluar:
"Demi menghormati permintaan ibu saya, saya akan berhenti daripada komen apa-apa pasal kes ini dan tak memperpanjangkan lagi.
Doakan saya diberikan langkah terbaik dalam hidup. Terima kasih".
Ada sesetengah manusia tidak dapat membezakan dengan baik antara kritikan ilmiah dan fitnah. Kritikan ilmiah itu dasarnya ilmu. Fitnah itu dasarnya maklumat palsu.
Bila di mahkamah, hakim akan menilai bukti yang dilampirkan. Sebab itu bila sampai ke mahkamah, ada pihak yang gagal mendatangkan bukti yang kukuh apabila diminta. Dalam kes saya dan Fadhli Firdaus, berkali-kali dia menjawab "tidak pasti" ketika ditanya berkaitan bukti oleh peguam.
Tidak sepertimana tulisannya yang panjang lebar sebelum masuk ke dalam mahkamah.
Adakalanya waktu menulis memang rasa seronok atau teruja terutamanya bila orang menyokong atau berkongsi atas tulisan kita.
Tetapi apabila kena hadap kes mahkamah, saya sendiri melihat beberapa kes lain ada pihak yang disaman perlu hadap seorang diri pada masa dan waktu tertentu. Penyokong yang bersorak berkomentar di status ketika itu tidak ikut rapat bersama dengannya.
Sebab itu saya katakan pastikan ada bukti, baru boleh jadi berani. Orang yang bersorak ketika memfitnah, tidak akan selalu bersama pada waktu anda susah.
Dr Rozaimi Ramle

No comments:
Post a Comment