Bang Mat memang cukup kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini.
Kalau betul mahu mempertahankan agama dan kepentingan umat Islam, inilah masanya untuk duduk dalam Dewan, baca laporan, tanya soalan, cabar fakta dan bahaskan satu persatu. Laporan RCI sudah dibentangkan untuk dibahaskan, jadi gunakanlah ruang yang ada untuk bersuara.
Di luar Dewan boleh kata macam-macam. Boleh tunjuk siapa paling kuat mempertahankan Islam. Tetapi apabila sampai masa untuk berbahas dalam Dewan, kenapa keluar?
Bang Mat percaya isu Tabung Haji bukan isu politik semata-mata. Ini melibatkan amanah dan wang umat Islam. Sebab itu kita kena berani berdepan dengan fakta, bukan mengelak daripada perbahasan.
Kalau ada yang tak setuju dengan laporan RCI, bahaskan. Kalau ada fakta yang mahu dicabar, cabar. Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, bangkitkan dalam Dewan.
Jangan hanya jaguh di luar Dewan. Masuklah ke Dewan dan berbahas!





No comments:
Post a Comment