RCI Tabung Haji: Tindakan Segelintir MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat Dikecam

 


Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat setelah gagal menghalang Speaker, Tan Sri Johari Abdul meneruskan sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang keluar dan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini, dikecam teruk di media sosial.

Mereka berpandangan, memboikot pembentangan dan perbahasan berkenaan sepenting ini tidak sepatutnya dilakukan seolah-olah bersifat kebudak-budakan hanya semata-mata keuzuran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Tahap kecerdikan Pembangkang skrg berbeza Pembangkang zaman PMx. Sgt teruk kualiti Pembangkang skrg (sekarang),” tulis Ahmad Syazihan.

Muaz Uswah dengan nada menyindir menulis “Pelik bin ajaib.. pembangkang yang menggelupur keluar dewan. Isu tabung haji adalah keutamaan tapi pembangkang fokus pasal PM ..”.

Tindakan ahli parlimen pembangkang keluar dari sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos dikecam warganet yang mengikutinya secara langsung.

“Pembangkang keja dia org kan memang nak cari Salah PMX jer….dah sah PMX sakit ada kat hospital…tetap salahkan PMX tak hadir . Apa punya jenis manusia lah ni….🤦🤦🤦,” kata Sabar Sabar.

Terdahulu, keputusan wakil rakyat pembangkang itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Pemakluman untuk tidak menyertai itu sidang khas itu dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hasan, dan tiada halangan di pihak Johari setelah keputusan itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan membacakan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026.

Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan.

Antara alasan Takiyuddin yang bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 13 meminta supaya sidang khas berkenaan RCI TH pagi ini ditangguhkan, dengan alasan ia tidak dihadiri Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Namun, Johari memutuskan ia tetap diteruskan seperti dijadualkan hari ini dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam sidang khas itu.

Perdana Menteri sedang menjalani rawatan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.





No comments: