Tak boleh ‘brain’ macam mana pembangkang boleh bela TikToker hina keterlaluan

 


Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof mempersoal bagaimana wakil rakyat pembangkang bersungguh-sungguh membela seorang pengguna TikTok, Jorjet Myla yang ditahan pihak berkuasa kerana mengeluarkan ucapan menghina yang keterlaluan.

Beliau tertanya bagaimana pembangkang melihat ucapan menghina, mencaci dan mencarut itu sebagai satu “kritikan”.

“Saya tak boleh ‘brain’ bagaimana wakil-wakil rakyat pembangkang khususnya dari Pas berduyun-duyun membela Tiktoker Jorjet Myla. 

Kiriman dan ungkapan yang jelas menghina, mencaci dan mencarut (lucah) oleh seorang ‘muslimah’ boleh dihalalkan. Dikatakan itu hanyalah kritikan,” katanya dalam respon di Facebook.

Azli berkata, adakah pembangkang tidak boleh membezakan antara komen, kritik dan penghinaan yang menjijikkan.

Beliau berkata, video-video berkenaan bukan sahaja keterlaluan, malah menjijikkan, namun pihak tertentu dilihat begitu teruja mempertahankannya atas nama kebebasan bersuara..

“Tidakkah mereka boleh bezakan antara komen, kritik dan penghinaan yang menjijikkan? Saya nak siar ulang video-video yang banyak tu pun tak lalu nak makan. Tapi mereka sangat teruja mempertahankan.

“Inikah kebebasan bersuara diperjuangkan sebuah organisasi mendakwa perjuangkan Islam yang syumul? Adakah syumul bermaksud terima semua, halalkan semua asalkan kena dengan selera?

“Memualkan. Lebih memualkan mereka yang membela dan menghalalkannya,” katanya.

Penahanan penyokong pembangkang itu ketika ini dibantah pemimpin-pemimpin Pas dengan membawa naratif kerajaan cuba menyekat kebebasan bersuara.




No comments: