Zul Champ Padu
Bertindak daripada video yang tular berkaitan dengan keengganan stesen minyak di Juru arah utara menjual minyak diesel kepada pemandu lori, sepasukan 5 pegawai penguatkuasa telah digerakkan ke stesen tersebut pada jam 8.00 malam hari yang sama (15/4/2026.)
Hasil pemeriksaan mendapati stock diesel masih ada di stesen tersebut. Jualan selain daripada pelanggan tetap, dihadkan pembelian hanya sebanyak 20 liter sahaja.
Berikutan itu, suatu tindakan kes telah diambil terhadap stesen minyak tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu keengganan menjual barang kawalan.
Kami menyeru orang awam untuk menjadi "mata dan telinga" kerajaan melalui gerakan KITA GEMPUR. Aduan boleh disalurkan melalui:
1. WhatsApp: 019-848 8000
2. Portal e-Aduan: kpdn.gov.my
3. Call Centre: 1-800-886-800
4. Aplikasi: Ez ADU KPDN
Sumber : Kpdn Pulau Pinang
#zulchampbiketowing

No comments:
Post a Comment