‘Yang bersolidariti untuk TikToker itu atas dasar apa ya, menyokong kemungkaran?’ – Ahli akademik




 


Seorang ahli akademik berpendapat tindakan kerajaan menyiasat seorang pengguna TikTok kerana membuat ucapan menghina dan mencaci, adalah tindakan bertepatan dengan ajaran agama dan konsep amar maaruf nahi mungkar.

Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd Yusri Ibrahim berkata, Islam melarang keras umatnya daripada bercakap perkara yang jijik, lucah dan kotor, seperti yang ditegaskan dalam banyak dalil al-Quran dan hadis.

Justeru apabila berlaku “maksiat sehodoh itu” di ruang awam, beliau berkata, orang ramai wajib mencegah dengan tangan, lisan atau paling lemah dengan hati.

“Bagi sebuah kerajaan, mereka wajib mencegah dengan tangan iaitu kekuasaan.

“Tindakan kerajaan menahan dan menyoal siasat wanita tersebut mungkin di bawah Akta Sakit Hati dan Perkataan Jelik, Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, adalah bertepatan dengan ajaran agama.

“Tepat dengan konsep amar makruf nahi munkar,” ulasnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mempersoal motif segelintir pihak yang mempertahankan pengguna TikTok tersebut, sambil berkata adakah mereka menyokong kemungkaran.

“Yang beria-ia menyokong dan bersoladariti dengan Tiktoker tersebut atas dasar apa, menyokong kemungkaran?,” soalnya.


No comments: