UMNO NAK MELINGKUP DENGAR LAH CAKAP SI BODOH. DIA PUN TAK KELUAR UMNO.




 HUMBAN DAP DARI KERAJAAN…BENAR-BENAR SEDIAKAH UMNO MELAKUKANNYA?


15 April 2026


Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membidas cadangan seorang Ahli Parlimen DAP yang menyarankan agar kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN Melaka atas alasan krisis ekonomi.


Beliau menegaskan,  krisis ekonomi bukanlah alasan munasabah untuk mengambil tindakan sedemikian, sambil membandingkan situasi tersebut dengan era pentadbiran BN sebelum ini.


"Dulu zaman BN menjadi kerajaan, kita juga menghadapi krisis ekonomi. Tiada pula nak isytihar darurat. 


“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga, tapi nrgara lain nak isytihar darurat," katanya.


Dr Akmal berkata demikian ketika mengulas cadangan Anggota Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mencadangkan  kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.


Beliau seterusnya menyifatkan cadangan itu sebagai bukti kegagalan DAP dalam pentadbiran negara.


“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik.


“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan,” tegas Akmal sambil mengungkapkan perkataan bodoh yang ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP itu.


Sememangnya kita boleh bersetuju bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan dan pilihan raya ditangguhkan berikutan krisis ekonomi kesan daripada perang yang berlaku di Iran sekarang ini.


Krisis ekonomi yang berlaku sekarang belum pun lagi sampai ke tahap ada berlaku kebuluran atau kematian.


Yang ada cuma rakyat makin tertekan dan bertambah marah kepada kerajaan.


Sebagai kerajaan, inilah masanya untuk membuktikan “mereka ada formula” dan jalan penyelesaian untuk mengatasi beban yang dihadapi rakyat.


Soalan pertama, apakah kerajaan tidak mampu berdepan dengan undi rakyat dalam keadaan sukar ini dan takut kalah, lalu memilih jalan mudah agar pilihan raya ditangguhkan?


Nak tangguh pula sampai bila kerana pilihan raya adalah hak demokrasi bagi rakyat yang wajib diadakan setiap lima tahun?


Hakikatnya, cepat atau lambat, pilihan raya tetap kena diadakan.


Yang kedua, apakah jika pilihan raya ditangguhkan, ia mampu memulihkan sokongan dan menjamin kemenangan selepas itu?


Bagaimana jika dengan darurat dikuatkuasakan dan pilihan raya ditangguhkan, rakyat akhirnya makin bertambah marah kepada kerajaan?


Selain itu, cadangan menangguhkan pilihan raya itu bukan saja datang daripada pemimpin DAP, malah pemimpin UMNO, Ahmad Maslan sebenarnya lebih dulu mencadangkan perkara itu.


Diberitakan sebelum ini bahawa beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada mesyuarat MT UMNO pada 17 April ini.


Jadi, siapa yang lebih dulu bodoh dalam hal ini?


Bagaimanapun, apa yang lebih menarik dalam hal ini ialah berikutan  cadangan yang dianggap bodoh daripada pemimpin DAP itu yang ditafsirkan oleh Dr Akmal sebagai tanda ketidakmampuan mentadbir negara, lalu disarankan agar rakyat menghumban parti itu daripada kerajaan selepas ini.


Berkaitan dengan itu, apakah UMNO sendiri benar-benar mahu menghumbam DAP?


Nak suruh rakyat humban DAP, lebih wajar dan terhormat jika UMNO lebih dulu sedia berbuat demikian.


Selain apakah UMNO sedia tidak bekerjasama dengan DAP dalam pilihan raya selepas ini, hubungan yang sedia terjalin antara UMNO dengan DAP dalam kerajaan sekarang, bila lagi nak diputuskan? - ShahbudinHusin 15April2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1261684022621381&id=100063393840098





No comments: