JENIS BUSUK PERUT TAK AKAN CAKAP BENAR



 123.3Ha Tanah Malaysia Jadi Milik Indonesia?









Tajuk teruk dari Berita Harian dan Sinar Harian ni! Sampai Isham Jalil dah spin dah.


Rakyat akan marah Kerajaan Pusat, terutamanya yang jenis baca tajuk.


Dia bgtau Indonesia dapat 123.3 ha tanah Malaysia, tapi dia tak bagitau Malaysia dapat 780 hektar di Sungai Sinapad–Sungai Sesai serta 4.9 hektar di Pulau Sebatik, di samping mengesahkan kedaulatan atas tiga kampung yang dipertikaikan sejak 1977 lagi.


Apa yang berlaku adalah pemuktamadan garis sempadan berdasarkan Perjanjian 1915 (era kolonial)


Selama berpuluh tahun, kawasan ini statusnya adalah Outstanding Boundary Problem (OBP) – maksudnya, sempadannya tidak jelas dan tergantung. Sekarang, kita noktahkannya supaya ada kepastian undang-undang


Kerajaan hari ini bertindak profesional melalui jawatankuasa teknikal (JPPEM) untuk memastikan kedaulatan kita tidak terus berada dalam 'zon kelabu'. Menangguh isu ini hanya akan menyusahkan penduduk kampung di sana yang sukar mendapat akses kemudahan kerana status tanah yang tidak jelas.


Keputusan ini bukan dibuat atas meja kopi politik. Ia melibatkan pengukuran GPS moden dan rujukan dokumen sejarah Boundary Agreement 1915. Jika mengikut dokumen itu tanah tersebut di bawah garis latitud Indonesia, maka kita harus patuh pada undang-undang antarabangsa. Jika kita langgar, kita yang nampak lemah di mata dunia


Pembangkang mungkin bising soal hektar, tapi kerajaan fokus soal Rakyat. Dengan sempadan yang jelas, kita boleh bina pos kawalan keselamatan yang lebih kukuh, banteras penyeludupan, dan bangunkan infrastruktur untuk penduduk Sabah di sempadan tanpa rasa ragu-ragu lagi


Sempadan ni ikut Perjanjian 1915 zaman British-Belanda lagi. Dah 40 tahun lebih status 'gantung' (OBP), baru sekarang kita muktamadkan guna teknologi GPS. Tak ada istilah jual tanah, ini istilahnya 'melukis semula garisan yang kabur


Sekali lagi PMX power bab negotiate sempadan Negara dengan Indonesia, dibantu all out oleh KDN under Saifuddin Nasution Ismail untuk pastikan kedaulatan Negara selamat.


Kalau kerajaan dulu buat kerja, isu ni dah selesai tahun 80-an lagi. Kerajaan sekarang yang berani buat keputusan teknikal supaya isu ni tak jadi beban pada anak cucu kita di Sabah nanti. Berhenti berpolitik dalam isu teknikal sempadan


Syam Ghaz





No comments: