
Seorang peguam menjelaskan bahawa kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah dibenarkan secara bersyarat dan bukan bersifat mutlak.
Menurut Hasif Hasan, dalam era media sosial ketika ini, ramai yang keliru antara komen, kritikan dan penghinaan, sedangkan garis perbezaan antara ketiga-tiganya adalah sangat tipis dan memerlukan pertimbangan fikiran yang waras.
Beliau berkata, komen dan kritikan terhadap perbuatan seseorang tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak bersifat peribadi atau menghina.
Sebagai contoh, beliau menjelaskan bahawa komen seperti menyatakan seseorang tidak pandai mentadbir negara dan mencadangkan penggantian melalui pilihan raya adalah dibenarkan.
Namun, penghinaan berlaku apabila kenyataan tersebut disertai kata-kata melampau dan bersifat menghina, termasuk penggunaan gelaran atau perbandingan yang menjatuhkan maruah individu.
“Komen: A tidak pandai perintah negara. Pilihan raya kita gantikan A dengan B. B lebih baik dari A.
“Kritikan: A tidak pandai perintah negara sebab itu hutang banyak, mata wang jatuh dan ekonomi teruk. Ramai pelabur lari.
“Penghinaan: A tidak pandai perintah negara sebab itu hutang banyak, mata wang jatuh dan ekonomi teruk. Baik A jadi babi dari menyusahkan hidup aku. Babi pun tidak seteruk A. Malang sungguh bini babi dapat laki babi.
“Penghinaan pada pendapat saya merangkumi penghinaan yang menyakit hati secara melampau dan menghasut orang lain membenci individu yang dihina,” katanya dalam ulasan di Facebook.
Pandangan undang-undang beliau itu susulan penahanan seorang pengguna TikTok yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina.
Beberapa klip video individu itu memaki hamun pemimpin-pemimpin politik masih berlegar di media sosial.
No comments:
Post a Comment