Exco Pemuda AMANAH Nasional, Ahmad Fadhli Umar menegur kenyataan biadab Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang melabel Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong sebagai “bodoh”.
Beliau berkata, inikah ikon anak muda Umno yang tanpa segan silu menyebut perkataan bodoh kepada rakan dalam gabungan kerajaan.
Katanya, mungkin Akmal lupa ketika Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengumumkan darurat dan Parlimen ditutup, Umno ketika itu duduk bersama dalam kerajaan yang sama.
“Duhai Akmal, Cantik betul bahasa kamu. Inikah konon ikon anak muda Umno. Menyebut perkataan bodoh tanpa segan ataupun silu.
“Duhai Akmal, Mungkin kamu lupa waktu Mahiaddin umum darurat dan tutup Parlimen, ketika itu parti kamu duduk bersama dalam kerajaan tebuk atap itu.
“Dua menteri kanan di bawah Mahiaddin itu Naib Presiden parti kamu. Kamu yang bodoh atau siapa yang bodoh?,” bidasnya.
Beliau membidas Akmal susulan ucapan “bodoh” kepada Khoo Poay Tiong kerana mencadangkan Kerajaan Negeri Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Cadangan itu dibuat bagi menangguhkan pilihan raya negeri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.
Sementara itu, Ahmad Fadhli membangkitkan isu ketika kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepan pelbagai skandal kleptokrasi.
Beliau bertanya, pada waktu itu apa sahaja tindakan intimidasi yang tidak dibuat bagi mengekalkan kuasa.
“Ketua pesuruhjaya SPRM ditukar, peguam negara ditukar, gabenor bank negara ditukar, parti lawan kamu dihenyak dan dilarang untuk menggunakan logo parti sendiri, bahkan timbalan presiden kamu sendiri kamu tukar dan buang.
“Maka yang bodoh itu kamu atau siapa? Akmal, Akmal, jangan cepat bodohkan orang lain jika kamu sendiri tak mampu fikir,” balasnya.
No comments:
Post a Comment