Percepatkan Proses Siapkan 30 Bilik Darjah Di 10 Buah Sekolah – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 25 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SEBERANG PERAI, 25 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pelaksanaan projek pembangunan 30 bilik darjah baharu di 10 sekolah di Seberang Perai Tengah (SPT) dipercepatkan tanpa sebarang kelewatan bagi memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi segera.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu penting bagi memastikan kemasukan murid Tahun 1 pada tahun hadapan berjalan lancar tanpa gangguan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 25 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Keutamaan mesti diberikan sepenuhnya kepada projek ini. Tiada ruang untuk kelewatan kerana ia memberi kesan langsung kepada kebajikan dan masa depan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah turut meneliti pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi termasuk pembasmian kemiskinan tegar, baik pulih gerai penjaja, program SejaTi MADANI, Kampung Angkat MADANI serta Sekolah Angkat MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 25 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, semua pihak agar tidak sekadar bergantung kepada laporan di atas kertas, sebaliknya turun padang bagi memastikan tiada keluarga tercicir daripada bantuan.

“Laporan kemiskinan tegar sifar mesti disemak di lapangan bersama pemimpin setempat. Kita tidak mahu ada yang terlepas pandang,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 25 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas aspek keselamatan, beliau berkata penurunan kadar jenayah perlu berpunca daripada keberkesanan tindakan penguatkuasaan, bukan kelemahan sistem pelaporan.

Katanya, tumpuan juga harus diberikan kepada isu kritikal setempat melibatkan pertanian, sistem saliran, tebatan banjir, pendidikan serta kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 25 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Setiap kelewatan membawa kesan kepada rakyat yang menunggu penyelesaian. Penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti diperkemas supaya setiap keputusan dapat dilaksanakan secara tuntas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menetapkan tempoh dua minggu kepada semua pihak berkaitan untuk mengemukakan laporan perkembangan dan tindakan susulan terhadap setiap keputusan yang telah dipersetujui.

“Ukuran sebenar bukan pada apa yang diumumkan, tetapi apa yang benar-benar berubah di lapangan. Rakyat mahu lihat perubahan itu sekarang, bukan nanti,” katanya.



No comments: