
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hadir pada Majlis Pelancaran Anugerah Pendidik Global (GEA) 2026 di Bilik Senat Dewan Tuanku Canselor UPSI Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjong Malim pada 26 April 2026. Foto UPSI
TANJONG MALIM, 26 Apr – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta segelintir pihak agar tidak perlu mempolitikkan isu kemasukan pelajar ke instisusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai modal kelangsungan politik sehingga menjejaskan peluang kepada mereka yang benar-benar layak.
Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata, perihal peluang pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan sehingga menyebabkan pelajar-pelajar tersebut menjadi mangsa.
“Apa yang kita lakukan dengan sebaiknya iaitu sistem di peringkat Unit Pusat Universiti (UPU) berdasarkan kepada sistem merit.

“Saya ingin menegaskan agar soal peluang pendidikan ini janganlah kita politikkan keterlaluan sehingga asas sebenar, memberi ruang yang sebaik-baiknya kepada seluruh anak-anak (pelajar) diberi perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Anugerah Pendidik Global (GEA) 2026 di Bilik Senat Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Isu kemasukan pelajar ke IPTA sering menimbulkan kontroversi lagi-lagi melibatkan jurusan yang kritikal serta mendapat permintaan tinggi seperti kedoktoran, perakaunan dan kejuruteraan komputer.
Beliau juga berharap soal pemilihan berdasarkan sistem merit tidak dipertikaikan kerana ia terbukti berkesan sejak sekian lama.

No comments:
Post a Comment