Ahmad Mursi
MASA KERAJAAN TEBUK ATAP, SEMUA ELOK DAH..ATAU TAK TAHU NAK JADI KERAJAAN ?
Haji Hadi menulis (26/2/26) "Islam Sahaja Berjaya Memimpin Masyarakat Majmuk".
Saya tiada bangkangan. Betul dah tu. Islam memang berjaya, tapi PAS belum tentu.
Kerajaan sejak merdeka hingga kerajaan Madani hari ni (selain PAS) adakah telah gagal urus masyarakat majmuk? Tidak.
Melainkan jika PAS anggap kerajaan selain PAS itu bukan umat Islam seperti PAS. Ini dah masuk bab Takfir.
Kini yang sedang mengancam keharmonian masyarakat majmuk, sentiasa panaskan isu perkauman dan agama adalah PAS.
Bila isu itu dibungkus pula dengan wajah agama, bahayanya boleh jadi berganda. Bacalah sejarah.
Keseluruhan dalil Hj Hadi dalam tulisan Minda Presiden tu, saya tak ada masalah.
Kecuali, setelah dijelaskan kesemua dalil-dalil, di akhir dia bertanya: apakah penyelesaian masyarakat majmuk di Malaysia? dan dia pun jawab: Islam al-din yang sempurna.. Perlembagaan PAS junjung al-Quran... bla bla bla..
Ini contoh bagaimana indoktrinasi yang cuba ditanam bahawa Islam itu PAS, PAS itu Islam, selain PAS bukan dikira Islam.
Katakan kalau nanti PAS gagal urus masyarakat majmuk, adakah waktu itu boleh disimpulkan Islam telah gagal? TIDAK!
Selama PAS gagal jadi kerajaan pusat, Islam tidak pernah gagal pun.
Islam tetap benar walaupun siapa memerintah, tapi jangan suka menumpang Islam untuk tunjuk satu pihak saja paling benar dan yang lain tidak.

No comments:
Post a Comment