Aman Muhammad
Salam semua.
Aku kini dalam proses mempersiapkan satu senarai terkini kesemua kuil-kuil Hidu yang ada di Kedah - setakat mana yang aku mampu.
Dan apa yang aku ada hari ini, adalah bersumberkan carian awam di internet dan maklumat dari rakan-rakan Facebook.
Oleh itu aku memohon bantuan rakan-rakan dari seluruh negara terutamanya di Kedah untuk berkongsi maklumat. Aku hanya perlu 3 perkara sahaja.
1. Lokasi kuil (gambar google) / koordinat
2. Nama kuil (jika ada)
3. Gambar kuil (jika ada)
Sekiranya senarai ini berjaya dihasilkan, aku berhasrat mahu persembahkan senarai ini kepada DYMM Sultan Kedah, sepertimana MB Selangor persembahkan data-data rasmi kuil yang ada di Selangor kepada DYMM Sultan Selangor.
Aku tiada akses rasmi, jadi senarai ini amat perlu kepada semakan, pembetulan dan penambahbaikan serta teguran dari rakan-rakan.
Seandainya ada rakan mahu berkongsi maklumat, boleh sahaja PM aku. Jika aku lambat reply, mohon maafkan aku.
Dan jika ada rakan-rakan yang kenal orang-orang besar di negeri Kedah, pembesar atau pegawai Istana Kedah, aku ingin belajar bagaimana cara dan protokol untuk memohon mengadap DYMM Sultan Kedah, aku mohon salurkan aku kepada ahlinya.
Aku hanya marhaen biasa, aku tak tahu selok belok protokol istana. Aku mahu mempelajarinya.
Kepada DYMM Sultan Kedah.
Daulat Tuanku, sembah patik mohon diampun.
Patik pacal yang hina ini memohon untuk bertemu mengadap Tuanku.
Daulat Tuanku, sembah patik mohon diampun.
🙏🙏🙏
p/s : Media lapor ada 573 buah kuil di seluruh negeri Kedah, yang sah hanya 25. Aku hanya minta senarai kuil yang sah dari pegawai khas Menteri Besar sampai sekarang dia taknak beri.

No comments:
Post a Comment