Ustaz suruh zikir Hu Hu ke?


Miqdad Zakaria

Ustaz suruh zikir Hu Hu ke? 


Kawan FB: Salam ustaz, boleh ke zikir Hu Hu Hu tu? 


Saya: Boleh jika maksudnya hanya Allah


Kawan FB: Kan kita tak boleh amal ibadat yang takde nas? 


Saya: Itu ibadat usul yang sudah ada dalil terperinci spt solat. Ibadat selain solat boleh qiyas dan pelbagaikan cara, spt ibadat zakat. Apatah lagi ibadat furu' / ranting spt zikir. 


Kawan FB: Ustaz duk defend zikir Hu Hu tu ustaz amal ke? Ustaz nak suruh orang amal ke? 


Saya: Saya tak amal dan tak suruh orang amal pun. Dia nak amal zikir ma'thur saja tu pun ok. Saya risau org ramai sibuk pertikai amalan orang lain, tapi mereka sendiri tak berzikir banyak pun. 

Saya suruh orang berlapang dada dlm perkara khilaf ranting agama. 

Saya suruh orang belajar lagi dari pelbagai sumber dan jangan taksub dengan sumber media sosial yang banyak pertikai itu tak sunnah ini tak sunnah tu jer. 

Saya juga nak nasihatkan orang awam yg tak tahu baca teks kitab dan fatwa dlm bahasa Arab supaya bersopan terhadap ulama yg berpandangan berbeza dgn ulama panutan mereka. 


Itulah Madaninya saya, hehe.. 


Sekian.