MAT JARGON KENA BALUN KAW KAW DAN DIKECAM! NEGERI PAHANG ISTIHAR GISBH S...


Pengguna X, @tjerealjoker antaranya, secara sinis menasihatkan agar Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang untuk “sebutlah betul-betul”. “Menang tanpa bertanding. Sebab dah susun, dah turun arahan dan sebagainya… Din kekal Presiden. Hamzah naik ganti Peja. Peja turun jawatan. Azmin masuk longkang,” tulisnya. Paling tajam komentar daripada @BoyChan1238, “Satu ayahanda menantu lari, lagi satu ayahanda kepada anak yang sorok minyak masak subsidi.Eloklah tu, dua pengkhianat negara.” Untuk rekod, Mahiaddin dan Hamzah menang tanpa bertanding susulan masing-masing hanya satu pencalonan diterima bagi jawatan ditandingi mereka. Mahiaddin mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden parti komponen PN itu, manakala Hamzah yang juga penyandang jawatan Setiausaha Agung pula menang sebagai Timbalan Presiden. ============================================================================= Pahang mengisytiharkan pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah menyeleweng dan sesat kerana meneruskan kepercayaan al-Arqam dan mempercayai bahawa Ashaari Muhammad tidak mati. Keputusan itu dibuat Jabatan Mufti Negeri Pahang melalui mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang dan diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ahmad Shah. Mufti Pahang Asmadi Mohamed Naim, berkata jawatankuasa itu yang bersidang pada Rabu lalu memutuskan pengikut GISBH sama ada pekerja yang beragama Islam, atau mana mana orang Islam didapati menyeleweng dan sesat. “Mereka didapati meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah dibawa oleh al-Arqam yang diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994. Kumpulan ini juga mempercayai bahawa (pengasas al-Arqam) Ashaari Muhammad yang meninggal dunia pada 2010 tidak mati sebaliknya ghaib, katanya dalam satu kenyataan. Asmadi berkata, sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH juga tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak. Katanya, keputusan itu juga meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran itu dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.