ISTIDRAJ

 Ceramah Uztaz Badlishah. 


 Ketika Allah membiarkan kita..


1. Sengaja meninggalkan solat.

2. Sengaja meninggalkan puasa.

3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.

4. Berat untuk bersedakah.

5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.

6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.

7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.

8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.

9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.

10. Lupa akan kematian.

11. Gemar mencemuh dari bersyukur.

12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.


Namun Allah tetap memberikan..


1. Rezeki yang melimpah ruah.

2. Kesenangan terus menerus.

3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.

4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.

5. Tak pernah terkena musibah.

6. Hidupnya merasa aman sentosa.


Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ.


Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.


Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda


“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.”