USAHA UNTUK TAWAN KELANTAN DIMULAKAN DI GUA MUSANG





Keadilan Kelantan malam ini digerak bangkit untuk menawan negeri itu. Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar Md Akin ketika merasmi mesyuarat agung Keadilan Cabang Gua Musang, mengistyharkan Gua Musang menjadi pengkalan untuk tawan Kelantan dalam piraum alan datang.


Dengan menyakini bahwa benih Keadilan masih ada di bumi Kelantan berdasarkan pencapaian lampau,  Shamsul yakin Keadilan bisa bangkit yang akan bermula di Gua Musang kemudian menjalar ke seluruh Kelantan.


Tanpa menyebut kekalahan Pas di Nenggiri baru baru diambil sebagai momentum untuk kebangkitan Keadilan di Kelantan. 


Shamsul yang pernah memimpin AMK optimis Keadilan mampu menawan Kelantan sekiranya semua anggota dan pemimpin parti itu disemua peringkat bermuafakat dan menanam azam untuk menguasai Kelantan. 


Untuk itu Shamsul menyeru semua anggota parti melupai soal titik bengik dan menjadikan kritikan dan teguran sebagai semangat untuk perbaiki diri dan parti.


"Jangan mudah tersinggung dengan kritikan kerana perkara itu biasa untuk seorang pemimpin," ujarnya.


Amanat dan simbahan semangat oleh Shamsul itu akan jadi suntikan dan azimat baru buat Keadilan negeri Cik Siti Wan Kembang bangkit.


Katanya kejayaan dan prestasi baik kerajaan Madani hari ini boleh djadikan modal menyakinkan rakyat bahawa perjuangan Keadilan adalah perjuangan benar menempati ajaran Islam. Trims.