[gempak] PENGAKUAN MENGEJUTKAN DARI PAS! AHLI PAS dan AHLI GISBH APA YAN...



Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa tiada ahli mahu pun pemimpin parti itu yang terlibat dalam Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH). Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata ada beberapa individu yang dikesan terlibat dengan GISBH selepas mereka keluar daripada PAS. “Tidak ada ahli PAS yang terlibat dengan GISBH, yang terlibat dengan GISBH ini yang sudah keluar daripada PAS,” katanya ringkas kepada pemberita dalam sidang media Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini. Ahmad Fadhli berkata demikian mengulas sama ada terdapat ahli atau pemimpin parti itu yang didapati terlibat dalam GISBH iaitu pergerakan yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Sebelum ini media melaporkan pihak polis telah melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama. Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan, dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.