Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Saiful Adli Arshad berkata, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu ada menghantar borang pencalonan namun kemudian memutuskan untuk menarik diri.
"Bagi jawatan Ketua Srikandi, hanya ada satu percalonan iaitu daripada Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah. Saya mengesahkan Datuk Seri Rina Harun ada menghantar borang pencalonan namun telah menghantar borang penarikan diri," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews