SEPATUTNYA KERAJAAN HEBOHKAN USAHA BAIK NI.


Ahmad Norazlan 

Setuju...tiada usaha agresif mewar-warkan kepada masyarakat umum.1



Di Seberang Jaya dan Permatang Pauh juga dimaklumkan ada MPKK yang telah diluluskan permohonan.


Usaha baik biar masyarakat tahu dan seiring dengannya masyarakat boleh memantau dan menilai prestasi dan motivasi sesebuah MPKK dan agensi komuniti di kawasan.


Setiap MPKK dan agensi komuniti wajar memaklumkan kepada masyarakat rancangan dan hasil usaha mereka yang menggunakan dana Sejati Madani untuk dinilai dan mengelakkan unsur penyelewengan.


Audit dalaman dan luaran diwajibkan.SPRM juga wajar memantau.


Satu MPKK dan agensi komuniti bersamaan RM100 ribu.Di DUN Seberang Jaya sahaja ada 11 MPKK, di seluruh Parlimen Permatang Pauh lebih banyak, di seluruh Pulau Pinang lebih lagi dan di seluruh Malaysia terlebih banyak.Belum lagi agensi komuniti lain seperti KRT, JMB dan Persatuan Penduduk.Berbilion Ringgit kemungkinan dananya.


Jangan pula nanti dijadikan wadah sakau menyakau oleh politikus bawahan.