Amirudsin Ahmad
Beberapa hari lepas ada sembang dengan sorang member ni.
Dia pernah level RM7j dalam akaun bank.
Kemudian dia drop sampai terpaksa jual 90% aset dia. Tinggal diri jer tak jual.
Kemudian saya bagi dia soalan ni,
“Cuba hang check semasa berniaga, hang jujur tak?”
Dari situ dia nampak pelbagai ‘penipuan’ yang berlaku dan mula menyesal.
Antaranya….
1. Menipu menggunakan askar komen untuk meningkatkan ‘trust’ orang membeli.
2. Menggunakan Kad Kredit ‘Black Hat’ untuk membayar FB ADs.
3. Menipu guna testimoni palsu untuk melariskan jualan. (Buat skrinshot whatsapp tipu)
4. Acah tak tahu pasal Cukai. Lari sana sini nak ‘elak’ cukai. Guna nama keluarga dan sebagainya.
5. Beli meja untuk dapat award walaupun bisnes menipu orang. Kemudian war warkan betapa terharunya dia terpilih.
Opkos, banyak lagi yang dia cerita.
Kemudian saya nasihatkan dia, bermula kecil dan bermula dengan apa yang kita ada.
Memang perit kalau bermula dari bawah tapi yang penting ialah kejujuran dalam perniagaan.
Biarlah parcel kita mungkin hanya sebungkus sehari tak seperti rakan lain yang sembang CPP murah & ROAS tinggi.
Yang penting ialah, kita JUJUR.
“Aku tak la sebaik mana tapi aku jaga sumber rezeki aku… Itu yang aku bagi keluarga & team aku makan…”… pesan saya pada dia.
Kadang ramai rasa diri berjaya bila sales menderu dan boleh beli macam².
Sekali Allah jentik, boleh terduduk.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Uncle
#SifuApaMacamNi
#HarimauMenangis