ADAKAH SOYA SESUAI UNTUK PESAKIT KANSER?




KAJIAN pada tahun 1996 yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention mendapati pengambilan soya mungkin merangsang pertumbuhan sel-sel kanser payudara. Ini berpunca daripada bahan berkhasiat isoflavon dalam soya yang mempunyai struktur kimia hampir sama seperti estrogen (hormon wanita). 


Namun, kajian terkini yang diterbitkan dalam Cancer Research Journal pada tahun 2017 yang melibatkan ramai peserta (6,235 wanita Amerika dan Kanada) yang mengalami masalah kanser payudara antara tahun 1995 dan 2015. 


Hasil kajian mendapati kacang soya tidak meningkatkan risiko kanser payudara, sebaliknya dapat menurunkan risiko kematian akibat kanser payudara. 


Kajian itu juga mendapati wanita yang mengambil soya dalam kuantiti yang banyak dapat mengurangkan sehingga 21 peratus risiko kematian akibat kanser payudara berbanding wanita yang kurang atau tidak makan soya langsung.


Dua hasil kajian yang berbeza, tetapi saya lebih 'prefer' kajian terkini


#DrSuriRoowi Ph.D , KMN

Principal Scientist