Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menipu dengan menafikan penglibatan isteri keduanya DSP Che Intan Subri dalam siasatan kes nadir bumi di Kedah pada tahun lalu.
Semasa penyiasatan tersebut berlangsung, antara individu yang telah ditahan ialah seorang lelaki Cina Bernama Ho Chu Meng.
Ho telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang lebih dikenali sebagai SOSMA (2012) dan kemudian dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2022.
Ho telah mencabar penahanannya di bawah Sosma menerusi permohonan habeas corpus dan menamakan Che Intan Subri sebagai responden.
Kes tersebut telah didengar di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Ho diwakili oleh barisan peguamnya – Nizam Bashir Abdul Kariem, Malik Imtiaz Sarwar, K Shanmuga, Kee Hui Yee, Amer Ashrhaf Azuddin dan Lim Yvonne.
Che Intan pula diwakili Abd Shukor Ahmad dari Shukor Baljit & Partners.
Hakim Mahkamah Tinggi Shahnaz Sulaiman memutuskan bahawa kegagalan memaklumkan waris tahanan di bawah seksyen 5(1) Akta Sosma bercanggah dengan keperluan prosedur yang disebut di bawah akta sama.
Meskipun permohonan writ habeas corpus dibuat dalam keadaan Ho tidak lagi ditahan, ini tidak menjadikan permohonan tersebut akademik dan ia perlu didengar oleh mahkamah, kata Shahnaz.
Ringkasan kes ini boleh diperoleh di dalam CLJ Bulletin 46, 2023.