PMX DAN RECEP TAYYIB ERDOGAN SEMALAM SEBELUM PULANG KE MALAYSIA

 







Ketemu Presiden Recep Tayyib Erdogan semalam di Istana  sebagai acara terakhir lawatan kerja selama satu hari ke Turkiye. 


Perbincangan kami selama hampir dua jam tersebut memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin kini. Kami menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel. 


Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau timur tengah dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik malah memburuk dengan tindakan rakus Israel. Justeru, aspek keselamatan dan pertahanan turut disentuh dan diberi penekanan dan dibincangkan. 


Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam. Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin. Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin. 


Kami turut sependapat dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk dalam ekosistem pertahanan. 


#MalaysiaMADANI