Himpunan Viva Palestin: Larangan bertakbir bukan pendirian kerajaan


 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan kontroversi larangan bertakbir dan menaikkan sepanduk ketika perhimpunan solidariti Palestin anjuran Viva Palestin adalah pendirian pihak penganjur.


Justeru Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ketetapan yang dibuat itu adalah kuasa budi bicara pihak penganjur.


"Dalam satu himpunan, akta yang mengawal ialah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana ia meletakkan tanggungjawab penganjur, peserta dan pasukan polis.


"Oleh itu, (sama ada) boleh atau tidak perhimpunan oleh satu pertubuhan mengenakan apa-apa sekatan ia tidak mencermin pendirian kerajaan," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta adakah kerajaan mengeluarkan sebarang garis panduan berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman.


Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, Malaysia kekal mendokong penuh perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman yang dibuat rejim Israel.


"Isu pokoknya solidariti rakyat yang dijajah serta nyawa 2 juta rakyat Gaza.


"Sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adakan pertemuan dengan pemimpin Mesir, Arab Saudi dan Turki (menghentikan konflik Palestin-Israel).


"Jadi soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (Israel)," ujarnya lagi.


Sementara itu, semalam, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) yang juga penganjur himpunan ‘Freedom for Palestine’ Datuk Dr Musa Mohd Nordin memohon maaf atas tindakannya yang didakwa melarang peserta melaungkam takbir selain merampas sepanduk imej kecaman kepada Netanyahu.


Jelasnya, pihak penganjur menyedari tindakan tersebut menimbul ketidakpuasaan hati pelbagai pihak.

No comments: