Hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Rakyat Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah, Mesir.
Pertemuan saya bersama Presiden El-Sisi menyentuh pelbagai perkara dalam usaha merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Perbincangan turut menyentuh tentunya melibatkan warga Palestin yang terus dirampas hak mereka dan terus dibantai tanpa noktah. Saya sanjung usaha Mesir dalam memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan melalui sempadan Rafah-Gaza dan memastikan ia sampai terus kepada mereka.
Kami turut bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan.
Presiden El-Sisi akan mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia, insya-Allah, pada sekitar awal tahun depan.
Hubungan Malaysia dan Republik Rakyat Mesir mesti terus mekar dan diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
#MalaysiaMADANI