Anwar 'terlalu perform'





Mohamad Fairul Al-Qasas


1. Saya ada buat status, saya kata disebabkan Anwar terlalu perform,  maka beliau difitnah, pembangkang tak ada idea nak lawan, kecuali fitnah, tak cukup beliau, isteri beliau juga Dr Wan Azizah difitnah kononnya bersama dalam majlis keraian yahudi.


2. Banyak lah komen-komen. Malam ni baru sempat tengok. Ada ramai juga geng belah sana masuk dan pertikaian soal Anwar terlalu perform tu.


3. Dik...kau kenalah faham konteks ayat dan situasi. Dr Wan Azizah difitnah kononnya dalam majlis keraian yahudi, sedangkan kononnya Anwar acah-acah ke Timur Tengah. Kononya nak tunjukkan yang perjuangan Anwar berkenaan Palestine ni lakonan je, sedangkan bini sendiri geng yahudi.


4. Ditambah pula naratif pemuda Palestine dalam rancangan KS yang kata kononnya Anwar tak cukup cakna soal Palestine. Dan video tersebut dijadikan bahan sebaran fitnah pihak pembangkang. 


5. Sebenarnya Anwar dah terlalu perform bab Palestine ni sebagai Perdana Menteri. 


6. Sebelum perang lagi Anwar dah bawa isu ni dalam mesyuarat ASEAN.


7. Dalam Asean pun Anwar sebut bab Palestine beberapa kali sebenarnya. Termasuk dengan China, Korea,India.


8. Pergi pulak mesyuarat Agong PBB, cakap lagi soal Palestine depan delegasi dunia termasuklah dari Israel. 


9. Bila berlaku serangan Gaza, Anwar umum bantuan segera RM1 Juta. Kemudian masuk parlimen dalam belanjawan lagi RM10 juta dan kumpul pulak bersama GLC dll RM100 juta.


10. Anwar segera telefon beberapa pemimpin dunia seperti Erdagon dan telefon juga PM Ismail Haniyeh.


11. Anwar secara tegas tolak gesaan barat dan EU supaya mengecam Hamas. Malah Anwar sebut dengan berani kami ada hubungan dengan Hamas dulu dan sekarang. 


12. Anwar hantar delegasi ke Mesyuarat khas OIC berkenaan isu Palestine. 


13. Anwar sertai mesyuarat Asean-GCC iaitu negara-negara teluk. Anwar juga suarakan isu Palestine. 


14. Ha...ini lah yang sangat sangat perform.. selepas negara Asean lain balik, Anwar buat perjumpaan khas dengan PM Arab Saudi Putera Mahkota Mohamad bin Salman.  Bincang isu Palestine dan cuba dapatkan sokongan Arab Saudi.


15. Kemudian Anwar terbang ke Turkiye,  jumpa pulak dengan Presiden Turkiye Erdogan. Bincang lagi dan rancang untuk bantu Gaza.


16. Tak cukup situ, Anwar terbang pulak Mesir,  sebab Mesir ni dia yang pegang sempadan Rafah-Gaza. Satu-satunya pintu masuk ke Gaza.


17. Anwar jumpa Presiden Mesir As-Sisi. Pasti dalam perbincangan adalah untuk buka pintu sempadan seluas-luasnya supaya bantuan boleh masuk.


18. Korang ada nampak negara lain, khususnya Pemimpin utama negara lain buat benda ni?


19. Itu lah sebab Anwar terlalu perform bab sokongan kepada Palestine. Ni bukan acah-acah. Ni tahap pergi rayu, macam anak kau ada terperangkap kat situ. 


20. Ni balik KL, malam esok ada pulak Anwar buat perhimpunan sokongan untuk Palestine. 


21. Ya Allah..banyak betul tenaga dia. Bersungguh betul Anwar. Tapi masih ada walaun yang sanggup fitnah macam-macam. Siap nak BOM ajijah lagi. Wei otak letak mana?


22. Dan lagi...untuk pengetahuan korang yang tak follow media Anwar, selang masa perbincangan untuk Palestine disetiap negara Anwar pergi tu, beliau sempat tarik pelabur, tandatangan MOU, bantu selesaikan kes-kes rakyat contohnya pelajar Malaysia di al-azhar, jumpa rakyat Malaysia disana dan jumpa ulama al-azhar.


23. Korang buta hati lagi. Terpulang. Tugas aku MENERANGKAN dan sesekali aku juga akan MENYERANG kepada golongan yang melampau.


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 



#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: