Anwar Ibrahim
Sebelum mengakhiri lawatan ke Kelantan, saya sempat menghadiri Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Machang.
Di hadapan ribuan hadirin, saya maklumkan
Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan sekiranya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Sayugia, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga dan terbela.
Inilah masanya untuk rakyat Kelantan perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan Kerajaan Perpaduan demi kemajuan mereka.
Sampai jumpa lagi Kelantan!
#MalaysiaMADANI