'Jelajah Perpaduan luar biasa tanda rakyat Kelantan bangkit'

'4449e2_ef733da0a6af4759b4d652bbddec4ae9_mv2.webp' failed to upload. TransportError: There was an error during the transport or processing of this request. Error code = 103, Path = /_/BloggerUi/data/batchexecute : Incomplete XSS header at end of request (0)

 Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran ribuan rakyat dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan malam tadi sebagai “amat luar biasa”.


"Saya orang lama dalam politik, saya jalan masuk tadi dari hujung jalan sampai ke sini (pentas ceramah) bukan sahaja orang ramai tetapi sambutannya amat luar biasa," kata beliau semasa berucap di Bukit Tiu Machang, semalam.


Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.


Dalam pada itu, Pengerusi Kerajaan Perpaduan itu juga memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu sejak puluhan tahun di negeri pantai timur itu.


"Tanpa mengira parti Kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.


"Kita memberi jaminan untuk tidak membiarkan rakyat Kelantan minum melainkan air bersih.


"Oleh itu, hasil perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bersetuju meluluskan peruntukan RM 1.7 bilion dan kita luluskan segera (bantuan tersebut) RM 500 juta (bagi) tahun ini," jelasnya lagi.



Ribuan penyokong BN dan BN Kelantan menghadiri ceramah malam tadi


Pada masa sama, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun menempelak tindakan gabungan Pas-Bersatu yang mengambil bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohammed menyertai gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRN di enam buah nanti.


"Sekarang mereka bawa Tun M bawa turun kempen, sekarang orang dah panggil dia Lebai Mahathir," sinisnya.

No comments: