HAMDAN TAHA
Saya tak baca dalam kenyataan mat maslan
pengantungan MP Pasir Salak dan Ketua Bahagian Alor Star Kedah
Tapi kabarnya begitu lah keputusan presiden
dan mkt gantung dua ketua bahagian ini selama 6 tahun
Dato Zahrin pula ada dalam kenyataan Mat
Maslan walaupun sahabat saya ni Ketua Cawangan sahaja tapi cara di pecat tu
sangat Gah kata orang politik
Zahrin memang sebelum di pecat dah menyerang
Prsesiden dan kelompoknya dah di pecat malam tadi terus serang dan serang dan
sebagai ahli umno biasa ada yang cuba serang balik Zaharin Yasin ini tapi tidak
ada mengutungkan umno pun kerana dia akan menyerang Presiden ini sikit sebanyak
menjelang PRU tak bagus buat UMNO
Pasir Salak jika dulu lah memang juga seorang
penyerang yang lantang dan kuat setakat pagi ini dia masih berdiam lagi,tapi
saya pasti dia akan menyerang kerana dia dah di luar dan hati pasti sangat
mendidih walaubagaimana pun Pasir Salak menarik untuk di lihat dalam Pru kali
ini,kerana di Dun Sg Manik YB dia dah Keluar bersama Bersatu,sekarang MP dia
dah di keluarkan oleh Presiden Umno
Itu belum lagi bila penamaan calun Annuar
Musa,Shahidan Kassim,KJ,dan barangkali ramai lagi tidak di calunkan sebagai
calun BN itu satu lagi isu yang perlu di tangani
Tapi kerana keyakinan Presiden bahawa BN akan
menang Besar 122 Kerusi maka tidak ada apa yang dia perlu takutkan lagi pun PRU
ke 15 adalah Benteng Terakhir buatnya untuk selamatkan Diri dan Keluarga
Buat Lah apa yang boleh di buat lihat je lah
Najib semua dia dah buat tapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku
Semenjak tinggal di Kajang nama Najib masih
ada tapi pudar dan hilang secara perlahan lahan,bukan semua boleh jadi seperti
Anwar dalam penjara tapi masih ada jeritan namanya di luar,itu pun sampai
sekarang sekadar berada di luar tak jadi jadi lagi untuk PM.Mungkin belum ada
rezeki.
Zahid dan Najib saya kira ada persamaan iaitu
cepat hilang dari radar rakyat jika berada dalam penjara