PECAT


KECUALI DATO ZAHRIN DIANGGAP CERDIK SIKIT SEBAB MENDEDAHKAN BAHAWA UMNO ITU RAKUS. YANG LAIN BODO PIANG DAN DAH DAPAT HABUAN/








PECAT

Kalau pegawai Kerajaan, mereka yang punya kes2 di Mahkamah, akan digantung tugas sementara. Kalau dijatuh hukum pula, dipecat serta merta.

Parti politik ni lain maciam ceritanya. Kluster Mahkamah tak digantung tugas. Boleh lagi bermaharaja lela .

Siap dia pulak gantung orang lain yang kritik mereka. Tujuan ahli nak betulkan parti kembali saja. Alih2 mereka pulak yang kena.

Tok nenek kita ajar:

“Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”.

Tunjukkan, Raja pun tak dikecualikan daripada kritikan Rakyat.

Tapi orang politik, adakah langsung tak boleh ditegur? Adakah maksum belaka? Adakah darjat mereka lagi tinggi daripada Raja kita?

Presiden partinya makin desperate jua. Tak boleh bayangkan bila dia naik jadi Perdana Menteri Malaysia.

Berapa ramai lagi yang dia boleh pecat belaka?

Ramai orang masih sayangkan UMNO. Tapi kami rindukan UMNO yang dulu. Yang betul2 berjuang untuk anak bangsa dan negara.

Bukan set2 yang berkuasa untuk tembolok dan tekak mereka semata2.

#OhMalaysiaku #partiKeramat

~LM~

 

No comments: