HAAAAAA....ELOK JUGA...NAK HALA KE MANA LAGI KALAU DAH LOMPAT DAN KHIANAT PARTI KENA CARI LUBUK ......DAN LUBUK SITU MEMANG TEMPAT BERKUMPULNYA PARA PELOMPAT ....ELOK CARI KAWASAN BARU.

 

Edmund Santhara, Xavier masuk PBM.





Presiden Pengganti PBM Zuraida Kamaruddin umum Ahli Parlimen Kuala
 Langat Xavier Jayakumar (kanan) dan Ahli Parlimen Segamat Edmund
 Santhara Kumar menyertai parti itu.

PETALING JAYA: Dua bekas Ahli Parlimen PKR menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar.

Presiden Pengganti Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan pertama PBM hari ini.

Dengan kemasukan kedua-dua Ahli Parlimen itu, PBM kini mempunyai enam Ahli Parlimen termasuk Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Lima daripada mereka menang atas tiket PKR, pada pilihan raya umum 2018, manakala Mohamaddin atas tiket Warisan.

Dalam Langkah Sheraton, Zuraida dan Edmund Santhara meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu, pada 2020, manakala Choong dan Sng keluar sebagai bebas dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).


No comments: