MESYUARAT UNTK SELAMATKAN JAWATAN POLITIK TAPI BUKAN NYAWA

 

RAFIZI RAMLI


Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba.

Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.

Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat.

Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat.

UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15.

Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil tindakan.

Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir

Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik.

 

No comments: