Baru semalam aku terbaca berita pelajar STPM yang dapat CGPA 4.0
tapi tak dapat tawaran dari mana-mana universiti tempatan.
Tadi pula aku terbaca tajuk berita keputusan yang cemerlang tak
jamin diterima masuk universiti. Ini berita nak tambah pelajar asing?
Negara kita ni memang semuanya untuk rakyat negara luar ke
macamana? Daripada pekerjaan sampailah ke peluang belajar.
Sungguh aku tak faham dengan kerajaan yang ada ni. Dengan semua
menteri. Mereka langsung tak prihatin dengan keadaan rakyat.
Akhirnya negara ini macam dijajah lagi. Peluang ada tapi semua
untuk orang luar. Ketuanan Melayu sangat begini. Guane boh?