PARTI YANG TIADA HALA TUJU

 

PEJUANG YANG JIWANG

2 posting sebelum ni saya kritik DAP dan PAS. Posting yang ni untuk Pejuang pula.

Pejuang ni senang cerita, satu parti splinter. Penyokongnya ada 2 jenis. Satu bahagian yang taksub Tun M. Satu lagi set penyokong yang tiada tempat di UMNO dan BERSATU. Mereka cari wadah baru.

Pada saya, tak nampak Pejuang ni ada hala tuju. MP nya ada 4: Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu dan Sri Gading. Dengan hanya berempat mereka tahu mereka tak kuat.

Makanya cadangan bergabung dengan NGO dan profesional dibuat. Dinamakan Gerakan Tanah Air. Tapi disebabkan PRU awal, makanya semua tak sempat. Nak naikkan nama GTA pun tak terbuat.

Tun M memerintah Malaysia 22 tahun dan 22 bulan. Satu tempoh lama dan beliau pemimpin dinosaur paling tua. Pejuang dan GTA pada saya, hanya platform dia memanjangkan karier. Pada dia, dia perlu berjuang hingga hujung nyawa.

Ramai Melayu sentimental dengan beliau. Malaysia berdaya maju sampai digelar Tiger of Asia. Namun banyak juga kesilapan yang dia buat. UMNO mula jatuh masa beliau di atas. Budaya wang dan kronism di bawah hidung. Tak dibendung.

Tun M juga banyak buat kesilapan masa 22 bulan. Letak jawatan tanpa berbincang. Keputusan flip flop dia pasal keluar Kerajaan. Lantikan politik yang dibuat. To me, maaf cakap, he lost it already. Tak seperti dulu lagi.

Kita hormat dia, tapi we have to call spade a spade.

Pejuang adalah personality cult Tun Mahathir Mohamad. Tanpa dia mereka akan tenggelam.

Sekarang hingga saat akhir tiada lagi gabungan yang boleh menerima mereka. Makanya eloklah dipilih lesser evil. Beri sokongan kepada mereka yang sepatutnya memerintah pula. Sebab nak harapkan diri sendiri dah tak punya kuasa.

Kalau betul kisah mengenai negara, itu yang wajar dibuat segera. Kalau tak dibuat, rakyat percaya apa pun percaturan selepas ini, hanya untuk survival.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

NB- selepas ini 2 posting akan menyusul. “PKR YANG BERCAKAR” dan “BERSATU YANG MEMBATU”. Lepas tu, kita buat posting Wrap up. Tunggu…