MACAI OH MACAI...MEMANG SUSAH NAK AJAR SEBAB LEMAH MINDA.

 

Ada sorang tadi komen di post aku sebelum ini. Katanya DS Anwar pernah kata Mahathir boleh jadi PM selama mana Mahathir hendak. Itu bermakna yang DS Anwar pak turut.


Aku pasti yang tulis tu machai. Tapi tak tahu kalau mahachai pun mungkin juga . Yang pasti orangnya tak matang dan tak cerdik berpolitik.


Itulah yang dinamakan pengorbanan. Aku pernah ulas sebelum ini. DS Anwar rela tak jadi PM waktu itu asalkan PH dapat memelihara kemenangan yang sukar diperolehi itu.


Sepatutnya tindakan DS Anwar itu menutup mulut mereka yang menuduh DS Anwar gila kuasa. Mana mungkin orang gila kuasa rela lepaskan peluang untuk mendapat kuasa.


Yang gila kuasa tu orang yang sanggup mungkir janji, sanggup khianat demi untuk terus memegang kuasa dan menongkat bumi.


Aku juga pernah baca komen di sebuah artikel yang mana DS Anwar menceritakan yang beliau tahu tentang rancangan Langkah Sheraton enam bulan sebelum kejahatan itu berlaku.


Maka ramailah yang persoal kenapa DS Anwar tak berbuat sesuatu kalau dah tahu. Itu, yang DS Anwar kata tak akan tuntut jawatan PM tu, bukan beliau dah lakukan sesuatu ke?


Nak DS Anwar buat apa? Kecoh di media massa? Pergi maki Mahathir? DS Anwar bukan orang yang begitu. Beliau lebih mahu melihat PH dipertahankan daripada menjadi PM.


Itu sebab aku berani kata DS Anwar orang yang paling tepat untuk menyelamatkan Malaysia. Sikap beliau yang tidak mementingkan diri adalah antara nilai paling penting pada seorang pemimpin.


Tiba machai separuh masak ni boleh pusing cerita pulak kata DS Anwar pak turut. Aku tak layan. Terus block & delete komen dia. Tak payah buang masa dengan orang yang tak mahu terima fakta. Guane boh?


Raja Gelap


No comments: