PAS YANG MELEPAS

 PAS YANG MELEPAS


Semalam saya buat posting kritik DAP dan pemimpinnya. Hari ni, posting saya mengenai PAS pula. 


Dulu kalau bercakap mengenai PAS, satu yang saya adore. TG Nik Aziz. Orangnya kental dalam politik. Prinsipnya kekal hingga akhir hayat. Walau pun seteru utamanya UMNO, tapi dia magnanimous. Akhirnya dia puji dan iktiraf Tun M dan DS Anwar. Menunjukkan punya besar jiwa beliau. 


Sampai ke akhir hayat, tiada pengiktirafan Tan Sri / Tun dibuat kepada Tuan Guru. Padahal beliau sgt layak. Lain pula Presiden sekarang. Apa yang dia buat untuk dapat level Tan Sri, saya tak faham. Amanat Haji Hadi masih lagi difatwakan haram.


Itu beza orang nombor satu PAS dulu dan sekarang. PAS sekarang ialah the main political animal dalam lanskap politik negara. Hampir semua parti dalam Malaysia mereka telah jadikan partner sebantal. PAS dah merasa jadi Pembangkang dan Kerajaan. 


Menteri PAS pula adalah Menteri yang paling tak perform dalam Kerajaan Persekutuan. Culture shock dapat jawatan pun ada. Ada yang bangga naik Velfire. Ada yang nikah senyap 2-3. 


Kak Melah naik jadi Menteri pula jadi kucing manja, padahal dulu macam singa betina. Tiada apa pun yang boleh dibanggakan pencapaian mereka. RUU 355 dan Hudud pun kita sedar hanya lip service saja. Nak kasi stim penyokong taksub mereka. 


Tapi PAS di Terengganu lain cerita. Ia dipimpin oleh professional. Menteri Besar dan EXCO nya golongan bijak pandai. Integriti intact lagi. Takde kes rasuah dibunyi. Makanya, lihat pembangunan Terengganu mereka dah pintas banyak negeri lain. 


Tapi PAS di Kedah lain pula. MB yang naik orang pandang seperti joker. Data2 yang diberi bagai dipluck2 saja. Lain betul dengan MB Terengganu. Itu beza negeri yang dipimpin oleh Profesional dan polistisyen. Kita boleh lihat dan nilai. Itu sebab saya cakap tengok calon dulu baru parti.  


Pada saya, PAS hadapi isu yang sama dengan Parti lain. Pemimpin dinosaur masih menguasai. Presiden PAS ni sgt political animal. Apa pun dibuat ialah untuk PAS tambah berkuasa. Kerja dia ialah pastikan setiap tahun PAS tambah pengaruh politically. Bukan saja negeri tapi di peringkat Persekutuan juga. 


Kerana pada saya, taktik dia ialah nak Malaysia ini jadi PAS yang punya. Senang nak convert jadi negara Islam konservatif macam Afghanistan, negara idola dia. Ini sangat bahaya. Kerana hakikatnya kita negara multi racial. 


Di Indonesia, telah dibuat depolitasi agama. Maknanya Pertubuhan Agama tidak boleh masuk arena politik. Tambah guna nama agama sendiri. Di Malaysia, Parti Agamanya makin kuat dengan niat nak memerintah Negara. We are regressing indeed. 


Untuk PAS jadi relevan. Ketahuilah, Hadi Awang ialah liabiliti kepada negara. Tukarlah set yang muda pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki


No comments: