Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

 

Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

57.1% anak muda menjawab dengan betul mengenai bilangan kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222.

Saluran media paling utama anak muda untuk berkongsi dan mendapat input berkaitan politik ialah: (Arahan: Pilih 2 saluran media paling utama)

a) Instagram – 54.5%

b) Twitter – 52.3%

c) TikTok – 42.3%

d) Facebook – 34.1%

e) Youtube – 17.1%

f) Lain-lain: TV, Google, Whatsapp

Akhbar terpenting yang menjadi sumber utama anak muda untuk mengetahui isu- isu politik Malaysia:

a) AstroAwani – 24.5%

b) Berita Harian – 23%

c) Malaysiakini – 15.3%

d) Tiada kerana tidak berminat dengan politik – 13.8%

e) Utusan Malaysia – 6.7%

f) New Straits Times – 6.4%

g) Free Malaysia Today – 5.3%

h) Lain-lain bacaan – 4.1%

i) HarakahDaily – 0.9%

Sikap anak muda pada hari pengundian:

a) 67.5% akan turun mengundi walau dalam apa jua keadaan

b) 11% tidak turun mengundi jika hari pengudian pada hari kuliah/pembelajaran

c) 9.1% tidak turun mengundi jika jarak pusat mengundi jauh

d) 5.7% tidak turun mengundi jika masalah cuaca (banjir/hujan berpanjangan)

e) 4.5% tidak minat mengundi kerana bosan dengan permainan politik,

perebutan kuasa, dan lain-lain

f) 2.3% tidak layak mengundi

———————————————————————————

Naratif Politik Anak Muda

60% anak muda setuju/sangat setuju bahawa mereka tidak wajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik veteran di Malaysia. Manakala 40% anak muda kurang setuju/tidak setuju.

46.3% anak muda setuju/sangat setuju bahawa mereka perlu mempunyai parti politik sendiri yang terpisah daripada sayap pemuda parti-parti politik veteran, manakala 53.8% anak muda kurang setuju/tidak setuju.

81.1% anak muda tidak terpengaruh dengan pendirian politik ibu bapa/keluarga mereka, manakala 18.9% adalah sebaliknya.

80.4% anak muda akan meneliti ketepatan sesuatu berita politik terlebih dahulu sebelum mempercayai dan menyebarkan berita tersebut, manakala 17.5% hanya kadang-kadang melakukannya, dan terdapat 2.2% tidak melakukannya.

80.5% undian anak muda lebih berdasarkan kepada calon, manakala 19.5% sahaja berdasarkan parti atau gabungan parti.

Anak muda paling menggemari budaya politik yang menekankan keprihatinan terhadap rakyat (38.5%), disusuli menekankan agenda kestabilan negara (19.6%), mendaulatkan kepentingan agama dan bangsa (16.6%), mendukung suara anak muda (13.5%), membawa agenda reformasi (11.3%), dan lain-lain (0.5%).

Anak muda paling benci calon atau pemimpin politik yang terjebak dengan korupsi dan rasuah (59.3%), sentimen perkauman yang menebal (26.6%), pemimpin yang menghina, memfitnah atau memburukkan pemimpin parti lain (7.3%), yang pilih kasih dan mengamalkan kronisme (3.7%), dan pemimpin lompat parti (3.1%).

96% anak muda setuju/sangat setuju bahawa setiap parti/gabungan parti perlu mengisytiharkan sumber dana politik mereka sebelum PRU-15 bagi menjamin ketelusan dalam berkempen, manakala hanya 4% anak muda berpendirian sebaliknya.