ELOK LA CEPAT SIKIT KAU KENA BENAM- CAKAP PANDAI...

 

Isham mungkin tanding di Shah Alam, kerusi ‘tiada orang mahu’




Sumber berkata, Isham Jalil mungkin bertanding di Parlimen Shah Alam, yang disandang Khalid Samad daripada PH sejak 2008.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil mungkin bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam, selepas laporan awal menunjukkan beliau tidak mungkin dicalonkan pada pilihan raya umum ke-15.

Sumber berkata, Isham dipilih untuk bertanding di kerusi yang “tiada orang mahu” kerana ia dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan.

“Ia akan menjadi tugas hampir mustahil untuk memenangi kerusi itu disebabkan majoriti besar pada masa lalu. Ia juga kerusi yang Umno kalah teruk pada PRU lalu,” kata sumber itu.

Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Samad (calon PAS yang kemudian menyertai Amanah) selama tiga penggal sejak 2008, dengan setiap kali menewaskan calon Umno dan PAS dengan majoriti besar.

Kerusi Shah Alam antara 120 kerusi ditandingi Umno dan dianggap antara pertarungan paling sukar yang dihadapi parti itu.

Pada 2018, Khalid meraih 55,949 undi, menewaskan calon Umno (22,100 undi) dan PAS (15,194 undi) dengan majoriti 33,849 undi.

Minggu lalu, Pengerusi BN Selangor, Noh Omar berkata, gabungan itu akan mencalonkan 21 muka baharu di negeri itu.

BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen di Selangor pada 2018 – Tanjong Karang (Noh Omar) dan Sabak Bernam (Fasiah Fakeh). Fasiah antara enam Ahli Parlimen Umno yang meninggalkan parti itu pada Disember 2018 untuk menyertai Bersatu.

No comments: