PRU15: Nurul Izzah mahu pertahan Permatang Pauh

 




Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan Pakatan Harapan menetapkan 20 Sept untuk membincangkan soal persediaan PRU15.

GEORGE TOWN: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyuarakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya bukan pemutus kata walaupun hati ini memang teringin (kekal bertanding kerusi Permatang Pauh).

“Sebagai seorang askar dalam parti, saya berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana yang dipohonkan hati iaitu Permatang Pauh,” katanya dalam sidang media sebelum merasmikan sesi dialog bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Nurul Izzah yang juga ketua PKR Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan 20 Sept untuk membincangkan soal persediaan PRU15 seperti pembahagian kerusi dan calon, yang diharapkan boleh selesai sebelum Oktober.


No comments: