1. Dalam politik, mantra paling terkenal yang digunapakai ialah “there is no permanent friend or enemy, only permanent interest”.
2. Maksudnya jelas, orang politik ni bila2 masa boleh bertukar dari seteru ke kawan. Dan begitu juga lah, dari kawan ke seteru, anytime.
3. Lagi lama negara itu ditubuhkan, lagi akan nampak pergerakan ”lalang” orang politik dan partinya. Dulu UMNO bergaduh sakan dengan PAS. Sampai murtad-memurtad. Hari ni boleh duduk satu kolam, sama2 dalam Kerajaan.
4. Dulu PAS dok maki pemimpin bukan Islam. PAS cuba ajar kita, mereka ahli neraka dan tak boleh dibuat kawan. Tapi sejarah PAS ni, dulu dia baik dengan DAP, sekarang dia baik pula dengan MCA. Dua2 time, dialah yang defend sakan mereka ni. Dah jadi pembela bukan Islam.
5. UMNO pula kita diajar seteru abadi DAP. Tetapi di Perak, mereka boleh berkomplot bersama nak jatuhkan MB. MB Bersatu, geng UMNO sendiri. Dua2 parti pun dah keluar bunyi. Mereka anytime boleh geng lagi.
6. Tun M dan Anwar pun pada mulanya kawan baik. Sama2 jadi PM dan TPM. Tetiba, tahun 1998, lawan satu sama lain. PRU14, sebab nak jatuhkan satu common enemy, mereka bersama kembali. Tak lama lepas tu, bergaduh balik. Sebab berebut kerusi Perdana Menteri. Sekarang ura2 nak geng lagi sekali. PRU nak dekat ni.
7. Politics is always fluid. Tiada musuh yang kekal. Tiada kawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan parti. Yang boleh dikongsi dengan yang lain. Like minded others.
8. Selepas 65 tahun merdeka, dunia politik Malaysia mula matang. Parti2 yang dulu digelar seteru abadi, semakin terbuka untuk bekerjasama. Kerana kepentingan parti2 ini sama. Nak berkuasa. Nak memerintah negara.
9. Jadinya, kita kena sedar dan tahu. Orang politik ini bila2 masa boleh jadi lalang. Boleh ke kira dan ke kanan. Tidak tetap pendirian. Itu real politics yang kita kena hadam.
10. Oleh yang demikian, kita sebagai pengundi takyah la over2 menganjing sesama sendiri. Sampai sanggup hilang sedara dan family. Kawan pun dimaki2.
11. Kang bila geng politik ni baik kembali, terceyduk la kita sendiri. Mana nak letak muka, dengan kawan yang telah dimaki? Atau family yang kita jauhkan diri?
12. Makanya, sebagai pengundi, bersederhana itu penting. Jangan ikut emosi. Politik ini fluid. Ia sentiasa berubah. Politikus banyaknya wayang jugak. Depan kita maki2, belakang kita mereka kawan baik.
13. Kalau anda hanya seorang pengundi, bukan ahli parti. Tidak mengapa jadi lalang. Politikus lagi teruk lalangnya. Cuma mereka tak ngaku sahaja.
14. Lalang mereka selalunya untuk berkuasa. Lalang kita pula untuk kebaikan negara. Kita pilih yang terbaik antara mereka. Biaq pi orang kata apa. Mereka pun 2x5.
Salam hormat,
Liyana Marzuki